fbpx

Adibah Noor Kecam Erra Fazira ‘Body Shaming’ Peserta ICSYV Malaysia?

Pasti ramai yang meminat rancangan yang diadaptasi daripada program hiburan popular Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia. Minggu lalu, menyaksikan Erra Fazira telah diundang sebagai artis jemputan.

Namun agak mengecewakan apabila Erra memilih penyamar bersuara sumbang sebagai rakan duetnya serta menyingkirkan penyanyi misteri yang sebenarnya penyanyi sebenar dan sangat berbakat disebabkan penampilannya yang dilihat tidak meyakinkan.

BACA: Adibah Noor Dedah Juara AJL Sudah Ditentukan Lebih Awal

Perkara itu turut mendapat perhatian Adibah Noor yang menyifatkan situasi itu sebagai ‘body shaming’ hanya kerana penampilannya tidak seperti penyanyi dan gara-gara berbadan gempal.

Tetapi selepas mendengar suara penyanyi misteri itu tiba-tiba pula rasa kagum dengan bakatnya selepas mendapat tahu dia boleh menyanyi dengan baik.

Adibah turut mengatakan program sebegitu banyak menggunakan isu ‘body shaming’ serta melabelkan program tersebut lebih memilih rupa paras berbanding bakat.

Perkongsian Adibah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapat penyanyi itu. Malah, rata-rata netizen berpendapat program tersebut jauh beza dengan versi Korea yang tidak menilai rupa paras. Tidak kurang juga ada yang mengatakan program itu toksik.

Bagaimanapun ada yang berpendapat program itu sekadar hiburan memandangkan tajuk program itu sendiri adalah menilai suara berdasarkan penampilan dan artis jemputan perlu meneka berdasarkan info yang diberikan.