fbpx

Adibah Noor Meluat DJ Radio Sebut Ringgit Dengan Slang Mat Saleh

Baru-baru ini perkongsian penyanyi Adibah Noor menjadi perhatian ramai yang meluahkan rasa pelik dengan cara sebutan penyampai radio bahasa Inggeris tempatan.

Adibah seolah meluat dengan penyampai radio Bahasa Inggeris yang menyebut perkataan ‘ringgit’ dengan slang ‘mat saleh’.

BACA: Adibah Noor Akui Persembahannya Di GV8 Macam Sampah

Penyanyi itu turut menyifatkan penyampai radio tersebut disifatkan mengada-ngada sedangkan dibesarkan di Malaysia dan tahu cara sebutan sebenar.

“Kau bukan orang putih, kau bukan orang dari luar negara, tolonglah jangan mengada-ngada nak sebut ‘ring-it’ padahal sebutan sebenar ‘ringgit’.

“Dari kecil dah sebut Ringgit. Hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tiba-tiba jadi mat saleh tak boleh sebut Ringgit,” katanya.

Sebelum ini, Adibah pernah menegur kesalahan sebutan bahasa Inggeris seorang menteri dan penyampai berita.

Adiba yang pernah menjadi guru bahasa Inggeris berkata dia takkan berhenti untuk berkongsi ilmu dengan khalayak mengenai penggunaan betul bahasa itu.