fbpx

Adib Khalid Hantar Rombongan Risik Izara Aishah

Tahniah diucapkan kepada Izara Aishah yang telah menerima rombongan merisik daripada keluarga Adib Khalid yang dilangsungkan petang tadi. Manakala dikhabarkan pasangan itu pula bakal bernikah pada 17 November depan selepas perbincangan kedua belah keluarga.

BACA: Ibu Bapa Marah Pakai Seksi, Izara Aishah Tak Buat Lagi

“Perancangan untuk majlis merisik ini sudah diadakan lebih awal. Ia juga sengaja diadakan selepas Aidilfitri. Buat masa ini, belum ada apa-apa perasaan dialami, cuma saya lega apabila majlis merisik selesai diadakan,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Majlis merisik itu telah diadakan secara tertutup di kediaman pelakon itu petang tadi yang hanya dihadiri kedua belah keluarga termasuk Datuk Siti Nurhaliza serta rakan-rakan terdekat. Majlis yang diadakan seakan majlis bertunang itu turut dilengkapi dengan beberapa hantaran.

Apapun tahniah sekali diucapkan kepada Izara dan Adib yang akhirnya selamat meneruskan hubungan ke fasa yang lebih serius. Tidak sabar pula ingin melihat pasangan merpati dua sejoli ini naik pelamin pada November depan. Semoga segala perancangan dipermudahkan. (rtky/w)