Selepas tersebarnya gambar pernikahan diantara Adi Putra dan isteri kedua beliau di laman sosial baru-baru ini, kini beliau bertindak membatalkan majlis sambutan Aidilfitri bersama kelab peminatnya pada saat-saat akhir. Majlis yang sepatutnya dijadualkan berlangsung pada hari Ahad ini, adalah dipercayai dibatalkan kerana rahsia berita perkahwinannya yang terbongkar.
BACA: Gambar Nikah Tersebar, Adi Putra Kahwin Lagi?
Menerusi akaun Instagram beliau, Adi tidak menyatakan sebarang alasan konkrit bagi pembatalan majlis sambutan Aidilfitri itu dan hanya memohon maaf diatas perkara itu. Majlis yang sepatutnya diadakan di Casa Gombak, Ampang itu dipercayai diadakan bagi menyambut ulangtahun kelima penubuhan kelab peminatnya yang dikenali sebagai hotlovers sekaligus menyambut Aidilfitri.
Selepas posting pengumuman pembatalan majlis itu dimuat naik, rata-rata peminat Adi meluahkan rasa kecewa dan terkilannya mereka dengan sikap selebriti kesayangan mereka yang merahsiakan status pernikahan itu dengan menikahi wanita lain tanpa pengetahuan isterinya. Ada juga yang mendoakan kesejahteraan isteri pertamanya, Aida Yusof supaya terus tabah.
Sebelum ini, gambar Adi sedang mengucup dahi seorang wanita yang dipercayai seorang janda anak satu, berusia 33 tahun yang juga merupakan pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan telah tersebar di media sosial. Akhbar turut melaporkan bahawa wanita berkenaan adalah dipercayai merupakan rakan kongsi perniagaan bersama Adi yang dikenali sejak setahun lalu.
Malah terdahulu, rumah tangga Adi dengan Aida pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 dan membatalkan hasrat itu kemudiannya. Hasil perkahwinan mereka sejak 2006, tidak mendapat cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan. (rkty/w)