fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai video babak panas yang dilakonkan oleh pelakon Zul Ariffin sehingga mengundang kecaman teruk. Apa yang lebih mengejutkan drama tersebut bakal ditayangkan di televisyen untuk tontonan bulan Ramadan.

Perkara itu turut mendapat perhatian Menteri Hal Ehwal Agama, YB Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad yang mengeluarkan kenyataan di Facebook rasminya.

BACA: Netizen Terkejut Tengok Babak Panas Zul Ariffin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Idris Ahmad (@ustaz.idrisahmad)

Mengakui terkejut dengan babak dalam drama tersebut, beliau tidak menyangka babak drama tular itu akan ditayangkan pada bulan Ramadan.

Ujarnya, hiburan tidak dihalang dalam Islam namun jika ianya melampaui batas dan boleh mencemarkan agama ianya tidak boleh dibiarkan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan menghubungi segera pihak terbabit untuk memberikan nasihat supaya perkaraitu dapat ditegah.

Menerusi entri itu juga, Datuk Ustaz Idris sempat menitipkan nasihat kepada umat Islam untuk bersiap sedia menghadapi bulan Ramadan yang mulia.