Adegan Uqasha Senrose Beranak Tak Buka Seluar Dikritik Tak Logik
Sejak semalam hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai satu babak dalam drama Perempuan Tanpa Dosa memaparkan pelakon Uqasha Senrose memakai seluar ketika bersalin mendapat kritikan netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan adegan Uqasha yang memegang watak sebagai Lily memakai seluar ketika bersalin itu sebagai tidak logik. Bagaimanapun, pengarah drama tersebut, Michael Ang menjelaskan gambar itu bukan babak sebenar dalam drama.
BACA: Dikutuk Nampak Tua Selepas Kurus, Michael Ang Tegur Netizen Biadap
Jelasnya lagi, gambar itu diambil sekitar penggambaran dan diambil di luar kamera. Katanya lagi, dia mahu menjaga aurat dan tidak sewenang-wenangnya meminta Uqasha membuka seluar di hadapan pelakon lain dan kru.
“Gambar yang tular itu bukanlah dalam footage pun dan ia gambar di luar kamera. Sekadar gambar sekitar penggambaran.
“Sudah tentu bila shooting saya nak jaga aurat. Takkan nak suruh Uqasha buka seluar di hadapan orang dan sebab itu letakkan kain. Nanti ada babak Uyaina buka seluar dan bila tengok babak itu, penonton akan faham apa yang ingin disampaikan,” katanya.
Tidak terkesan dengan kritikan netizen, Michael menganggap foto tular itu sekadar jenaka dan mengambil segala kritikan netizen secara positif. Malah, dia juga merasakan kelakar apabila gambar itu tular.
“Saya tak kisah dengan kecaman atau kritikan netizen. Saya anggap ia sekadar lawak dan sebenarnya kelakar juga bila dapat tahu ada orang muat naik foto itu dan menjadi tular,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
pakai seluar salah… bukak seluar pon salah… hmmm…
Kannn.. bukan nak ckp dorang amik initiative nak tutup aurat.. even dia free hair but cover aurat kaki pun x pe kan.. or fikir yang dia buka seluar paras tu as long as dapt sambut baby.. sume nya nak kritik.. even tudung pelakon tu kotor banyak dan sikit jadi issue.. kang buat over or dedah sana sini pun condemn.. mcm2 netizen ni..
Drama cinta melayu lbh fantasi dari semua citer komik, katun, superhero Hollywood x penah real pun. Tp sbb emosi org melayu mmg dh sebati dgn kisah dongeng mcm tu jd mrk anggap real! Pd hal bnyk sngt adegan yg x real, x relevan kalau xde dlm satu2 episod tu pun xkan ganggu jln cerita drama tu. Tp aku pun x tau kenapa babak2 mcm tu di ada2kan.
Sampah n drama melayu.. low budger memanjang kualiti hauk.
Kalau dia bukak seluar kang …common sense lah…ini kan lakonan takan nak bukak seluar nampak peha mcm hollywood…nanti dorang mesti akan potong nampak atas je…lelaki pun kepoh
Simpan sikit untuk suami
Kalau tgk dr angle kamera tu boleh agak yg tu bkn diambil dr kamera yg tgh shoot..lagi pun ni cite melayu,mana ada org shoot kat kaki tu..semua ambil part muka je..kalau pun ternampak seluar,pandai la pengarah nak edit
Cite ni belum habis..jgn trigger sgt la
ada je seluar utk bersalin…mesti yg comment tu x tahu sebenarnya ada je seluar yg dipakai masa bersalin…the area yg utk baby keluar tu boleh dibuka…….
Seluar tu ade zip kot kt tempat nk kuar baby tu..apalah korang ni..itupun nk kecohh..