fbpx

Adam Shahz Tak Meroyan, Tak Kisah Fatin Afeefa Nak Kahwin Lagi

Tidak tahan asyik difitnah, semalam pelakon Fatin Afeefa mengumumkan mahu berhenti berlakon. Fatin berkata dia mengambil keputusan itu kerana tidak mahu anak-anak berasa terganggu dengan kontroversi melanda dirinya.

Menerusi sesi Live itu juga, Fatin mendakwa bekas suaminya, Adam Shahz menyuruhnya untuk berhenti berlakon.

BACA: Tak Tahan Asyik Difitnah, Fatin Afeefa Menangis Umum Nak Berhenti Berlakon

Memetik Oh Bulan, Adam menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas isterinya itu dan hanya ketawa apabila diajukan mengenai perkara itu.

“Bila masa pula saya suruh dia berhenti berlakon? (ketawa) Dia sendiri cakap tak pernah berhubung dengan saya. Macam mana kata saya suruh dia berhenti berlakon?

“Saya menegaskan tak pernah suruh dia berhenti berlakon! Kalau dia kata ada bukti, ala bosan dengan benda macam ini. Saya pun dah tak nak komen apa-apa, rasa dah tak perlu,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan gila bayang, Adam berkata dia tidak kisah seandainya bekas isterinya itu ingin berkahwin serta memberitahu baru-baru ini Fatin ada menghantar mesej meminta sijil cerai.

“Baru ini, dia ada mesej cara baik minta sijil cerai. Selama ini, dia mesej marah-marah, ada saja tak kena tetiba. Saya permudahkan urusan dia.

“Dekat mana saya cemburu? Itu kehidupan masing-masing, dah lima tahun pun (bercerai). Sekarang ini pasal anak saja, tak perlu nak isukan sampai macam ini. Saya tah heran (peduli) dengan benda macam itu. 

“Alhamdulillah saya masih bekerja. Selagi saya boleh bekerja, saya okey. Itu rezeki masing-masing. Allah takdirkan dia (Fatin) kaya, itu rezeki dia.

“Sedikit sebanyak dia membantu saya juga nanti. Anak itu kalau perlukan apa-apa, dia mungkin boleh dahulukan,” katanya.

Dalam pada itu, Adam berkata dia tiada masalah untuk hadir ke majlis perkahwinan bekas isterinya itu jika menerima jemputan.

“Lailahaillallah.. saya tak ada isu. Dia nak kahwin, kahwin la. Demi Allah! Orang ramai kata saya meroyan sebab dia nak kahwin. Kalau dia kahwin, dia jemput.. saya datang. Sebab dia mak kepada anak saya. Saya senang saja. Jangan merumitkan!” katanya.