Pengaruh Kawan Punca Adam Shahz, Fatin Afeefa Cerai
Enggan mengeruhkan keadaan, pelakon Adam Shahz menjelaskan bahawa punca penceraian di antara dirinya dan isteri iaitu Fatin Afeefa adalah kerana pergaulan rakan rakan selain menafikan kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
BACA: “Bukan Nak Tutup Masalah Rumah Tangga”
“Saya faham, sebelum ini rumah tangga kami pernah bergolak gara-gara isu saya membalas mesej seorang wanita. Demi Allah, di pihak saya, tiada orang ketiga. Kenyataan ini perlu juga dibuat bagi menjelaskan situasi kami yang sebenar, agar tiada lagi pihak yang bertanya”
“Orang tuduh saya macam-macam, kononnya sayalah punca rumah tangga kami berkecai. Apa yang saya boleh katakan, keretakan ini berpunca daripada pergaulan kawan. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak”
“Lagipun kami berbaik dan masih lagi keluar bersama demi anak-anak. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain untuk membesarkan mereka,” katanya kepada BH Online.
Adam telah menceraikan Fatin dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya. Sebelum itu, Fatin telah memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu di atas sebab tidak lagi mempunyai persefahaman sebagai suami isteri.
Sementara itu Fatin turut memohon maaf kerana terpaksa berdolak-dalik sebelum ini berkaitan status perkahwinan mereka. Katanya, apa yang dilakukan itu atas dasar tidak mahu tertekan.
“Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita,” kongsinya.
Adam dan Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian berusia 4 tahun juga Ivy Herra Sophia, 2 tahun. Semoga kedua dua belah pihak tabah dalam menghadapi hari yang mendatang. (rtky/s)
- SUMBER
- bh online
Aku tak kenal siapa diaorang ni…hahaha…tak trending lah jawab nya Anyhow, takziah lah buat korang yg kureng di kenali.
Plakon laki2 ni selalu gk tngk kluar kt drama rtm. Bole tahan kayu gk lakonan dia mcm fezrul khan gak. Walau mrk jauh lbh senior dari plakon2 sensasi lain. Tp sbb mrk x dpt upah yg mahal dan x popular maka plakon handalan mcm Abil, Haliza Misbun x pernah komplain org2 mcm ni jd hero kt drama2 rtm dan tv3! Propa x sudah2 artis2 ni
fezrul khan tu lama dah kayu. tapi bajet senior perasan bagus. kutuk artis baru padahal dia pun kayu. hmmm
Amenda laa ngok sngt korg ni? Dah tau xde apa rujuk laa balik! Yg ko pegi citer kt wartawan apahal? Nk cari publisiti? Pegi laa pjbt kadi rujuk balik! Mengong..
Itulah, bila dngr ceramah ustz Don statistik penceraian di KL dari seratus perkahwinan 70 pasangan bercerai pd tahun berikutnya! Mmg parah tahap sosial skang ni! Tu kes org biasa, kes khusus pd artis lg laa. Mmg sungguh merisaukan…
Artis biasa la..sesetengah artis kehidupan harian pun berdrama jugak..contoh yg bru ni gaduh laki bini report polis..hidup menyusah kan org je..polis nk chk..karoeka dpt nama busuk.akak busuk nama..adik busuk nama..malang bersuami mcm tu..bini pulak..dh terdesak takut tak laku pas nie