fbpx

Adam AF: Fiza Elite Cinta Pandang Pertama, Tidak Akan Halang Kerjaya

Inilah yang dikatakan takdir dan jodoh daripada Allah S.W.T kepada Adam dan juga pasangannya Fiza yang telah sah menjadi suami dan isteri. Menceritakan detik-detik pertemuan mereka itu, Adam memberitahu bahawa pada pertemuan mereka yang ke-2 hatinya sudah terpaut pada Fiza dan terus membuat keputusan untuk melamarnya pada hari tersebut.

Adam AF mengakui perasaan yang wujud terhadap wanita itu adalah cinta pandang pertama dan bersyukur Allah memudahkan jodoh mereka.

“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar hari ini, terima kasih rakan rakan wartawan yang datang dalam majlis akad nikah saya ini — saya tertarik dengan Fiza selepas pertemuan kedua kami sekitar 2 bulan lalu terus membuatkan saya untuk melamarnya. Dia juga mempunyai ciri-ciri wanita yang saya kehendaki,” kata Adam selepas upacara majlis pernikahannya.

BACA: Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Adam AF & Fiza Elite

Fiza turut berkongsi kegembiraannya pada hari ini, selepas beberapa tahun bergelar ibu tunggal serta mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinannya sebelum ini.

“Sebelum itu, Fiza hanya kenal Adam sebagai kawan biasa sahaja jumpa atas urusan bisnes dan kerjaya, tetapi Fiza tidak menyangka sama sekali apabila pertemuan kedua dai terus melamar Fiza, dan Fiza pun tak tahu nak cakap apa ketika itu, tetapi berasa gembira dengan perkahwinan ini. Lagipun anak-anak Fiza pun suka dengan Adam dan di situ sudah kuat untuk mengatakan jodoh Fiza ada bersama Adam,”ujarnya.

Adam juga tidak menghalang untuk Fiza bergiat aktif dalam lakonan tetapi perlulah mempunyai batasan-batasan yang tertentu.

“Saya tidak melarang untuk Fiza berlakon, lagipun itu minatnya cuma apa yang saya harapkan Fiza pandai untuk menjaga batas-batas pergaulannya dan juga tidak boleh untuk mengambil watak-watak berpegangan tangan atau adegan di katil dan sebagainya.’kata Adam.

Pasangan ini belum lagi memikirkan untuk berbulan madu di mana-mana destinasi, cuma mereka mengharapkan majlis resepsi di kediaman Adam di Sabah berjalan dengan lancar dan seterusnya direstui oleh semua pihak.