fbpx

Umum mengetahui, nama pelakon Muaz Zabir menjadi bualan ramai gara-gara terkait skandal cinta bersama pelakon, Bella Astillah yang ketika itu masih berstatus isteri orang.

Memetik HibGlam, meskipun baru dua tahun bergelar anak seni namun Muaz antara pelakon yang laris berbanding bintang baharu lain dan dia juga turut terkejut dengan perkembangan kerjayanya.

BACA: Muaz Zabir Kongsi Video Dengan Wanita Dalam Kereta, Netizen Teka Kuku Bella Astillah

“Tidak jangka perjalanan karier saya seperti ini. Macam roller-coaster! Ada masa okey, tetapi terdapat juga detik yang menggerunkan.

“Namun, alhamdulillah kehadiran saya dalam industri diterima baik meskipun terpalit kontroversi baru-baru ini, kita langgar sahaja!” katanya.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu lagi, dia juga tidak terlepas daripada kecaman netizen sehingga ada yang mendakwa dia hanya ‘menjual’ muka dan bukannya bakat.

“Saya kena hadap bermacam-macam komen negatif. Ada yang menyamakan wajah saya seperti nelayan kampung dan muka jual burger. Saya terhibur baca semua komen sebab bukan jenis simpan dalam hati,” katanya.

Dalam pada itu, Muaz berkata dia meluahkan rasa syukur di atas rezeki buat dirinya dan serta berusaha untuk memberikan persembahan yang bagus dalam lakonan.

“Tipulah jika tak bimbang dengan tetapi saya sentiasa percaya dengan rezeki. Bersaing perlu ada tetapi secara sihat. Kalau pelakon lain mampu beri lakonan hebat, saya perlu usaha lebih untuk berikan hasil yang bagus juga.

“Janganlah bersaing secara kotor seperti tabur kata-kata negatif tentang mereka. Itu bukan cara saya,” katanya.

SUMBER: HibGlam