fbpx

“Ada Yang Mendekati, Tapi Saya Tak Berminat”

Pelakon jelita Sophia Albarakbah menafikan dakwaan serik bercinta selepas hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr Doktor sudah pun berakhir.

Memetik Astro Gempak, Sophia berkata tahun ini fokusnya lebih kepada kerjayanya dan soal jodoh tidak terlalu penting baginya. Katanya lagi, ada lelaki cuba mendekati namun dia tidak berminat

BACA: Sophia Albarakbah Takut Lakonkan Watak Mangsa Rogol

“Dari segi percintaan atau jodoh saya memang malas nak fikir, saya tak mencari pun, kalau ada, ada lah. Ada yang mendekati tapi saya tak berminta, kerana ia bukan fokus utama saya untuk tahun ini.

“Sebelum ini saya risau juga, umur saya makin meningkat, saya ingin juga berkeluarga dan ada anak tapi takpelah saya fokus kerja dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berharap tahun ini dia tidak lagi terpalit dengan sebarang kontroversi serta mahu membuka buku baru sempena tahun 2024.