Pelakon yang semakin meningkat naik, Mira Filzah memberitahu ada di kalangan peminatnya di laman media sosial Instagram cuba memikat seterusnya ingin masuk meminangnya secara serius.

BACA: Mira Filzah Nafikan Bercinta Dengan Syarul Ridzuan

“Ada yang cuba mengurat tapi dalam emel pun ada. Sehinggakan ada yang betul-betul nak meminang secara serius dengan siap bagi resume tunjukkan dia kerja apa semua itu. Tetapi saya anggap perkara ini biasa, mungkin kita dikenali”

“Buat masa ini tidak ada masa untuk bercinta lagi kerana saya cukup sibuk dengan kerja. Jadi biarlah saya fokus pada kerjaya dahulu,” jelas pelakon yang berusia 23 tahun ini,” katanya yang ditemui di Majlis Pengumuman Finalis Anugerah Bintang Popular 29 (ABPBH 29).

Sementara itu, di majlis tersebut Mira Filzah turut tercalon sebagai finalis top 5 bagi kategori Artis Baharu Wanita Popular. Bagaimanapun, ujar pelakon Cinta Si Wedding Planner ini dia tidak meletakkan apa-apa harapan kerana tercalon pun sudah memadai bagi dirinya. (rtky/h)