Isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh memuat naik semula video mengenai pempengaruh Aiman Tak Kesah yang tetap menemani isterinya, Siti Jamumall yang sedang hamil ke klinik.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Fara berkata Aiman masih menjalankan tanggungjawab meskipun sebelum ini hangat diperkatakan mengenai isu rumah tangga mereka.
BACA: Fara Salleh Mohon Kerjasama Shuk, Mahu Anak Berbintikan Nama Bapanya
Sementara itu, Fara turut mengatakan ada segelintir lelaki yang bersikap lepas tangan mengenai tanggungjawab terhadap anak namun tidak menyebut nama mana-mana individu.
“Sekurang-kurangnya dia tahu tanggungjawab. Bukan main lepas gitu saja. Tak ambil tahu perkembangan anak langsung. Ada la juga baik beriman la juga budak Aiman ini.
“Daripada ada spesis bab* tahu main lepas sperm, lepas tanggungjawab fasal anak pun tak ambil tahu langsung,” katanya.
Sebelum ini, Fara meminta Shuk Sahar agar memberikan kerjasama dalam urusan pendaftaran pernikahan mereka sebelum anak mereka lahir pada Jun depan.
Fara berkata jika perkara itu tidak diselesaikan anak yang bakal lahir itu tidak dapat berbintikan dengan nama Shuk.