“Ada Sesuatu Yang Besar Allah Nak Bagi Pada Nabila Razali”
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai nyanyian Nabila Razali yang terkucil di Anuegrah Juara Lagu 35 (AJL35), ramai rakan artis memberikan kata-kata semangat.
Termasuklah, rakan seangkatannya, Wany Hasrita yang percaya bahawa Nabila akan terus bangkit dari kegagalannya itu. Mengenali Nabila secara peribadi, Wany tahu rakannya itu seorang yang kuat.
BACA: Nabila Razali Nak Berhenti Menyanyi?
“Secara peribadi saya kenal Nabila, dia memang seorang yang sangat kuat. Mungkin dia ada menangis tapi saya percaya dia akan cepat bangun balik.
“Apa yang saya boleh cakap, akan ada sesuatu yang besar Allah nak bagi pada Nabila, ini ujian untuk dia. (Nyanyian terkucil) tak merugikan dia apa-apa pun. Saya rasa dia akan dapat tempuh macam selalu, dia adalah wanita yang sangat kuat,” katanya.
Dalam pada itu, Wany turut berharap agar netizen lebih berhati-hati dan beringat sebelum melemparkan komen agar tidak mengguris hati mana-mana pihak.
“Saya bukan cakap pasal Nabila sahaja, tapi secara umum. Benda ini dah banyak kali terjadi, orang luar kutuk artis. Kita memang tak boleh kawal keyboard warriors ini.
“Mungkin kita tak boleh nak ubah mereka tapi saya harap mereka beringatlah sebelum taip sesautu. Kalau apa yang ditulis itu menyakitkan hato orang, tak payah tulis,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Chin up, nabila. Jangan give up.
Dah2 laa dgn citer bangang ni. Dah terang2 dia xde bakat accept the fact. Ramai lg org lain pandai nyanyi kt Msia ni. Menyanyi ni bkn laa keje yg sngt susah pun. Yg org kagum ialah bila jumpa bintang atau bakat yg hadir sekali seumur hidup utk kita tngk. Setakat nyanyi suara mcm korg ni bersepah2 jek
betul. ada benda besar tuhan nak bagi. Jangan la bitter sangat. kita manusia bukan perfect
malu besar ?
Masuk AF tahun 2013. That was like 8 years ago.
Kerjaya-penyanyi. Kalau dah kerjaya penyanyi mesti lah kena boleh menyanyi. Yang dok bising2 bagi chance, bagi chance, masuk kelas vocal semua, so in 8 years tak cukup lagi untuk bagi boleh menyanyi dengan elok?
Ko bercakap mcm bdk ni buat keje yg Allah redha, mcm ustaz ebit lew ke. Dia m nyanyi setan dengar pun gelak guling2 laa…
Aah btol tu.. Mungkin Allah nk sruh dia brenti nyanyi!! Suara tu slah 1 AURAT dek!
Ujian apa kejadah? dah memang tak boleh nyanyi, tak ada talent, cuba sedarkan diri tu
ujianNya yg terakhir adalah ” terkucil”.., itu tnda nya PLEASE angkat kaki.
Sekurang nya minimum skill ler. Kalau boleh nyanyi masa rehearsal dan recording studio je , jangan lah pi ajl ….pastu kata hikmah.Memang dah pulun buat duit dgn lagu tu dengan version originalautotuned dan mvautotuned ……….Wany, hang pun merepek….
Org dulu2 tahun 60an, 70an, 80an walau belajar x tinggi tp mrk sedar diri. Kalau mrk rasa bakat mrk cuma setakat main funfair atau live band keje kahwin ke majlis function kecil2 mrk xde laa berangan nak jadi artis rakaman. Tp bdk2 zmn skang ni mrk punya level over confident dgn suara mcm itik serati pun dah berani nk masuk pertandingan kt tv
suh dia behenti jadi penyanyi lah..mmg xsesuai pn..xde bakat pun..cari keje lain selain menynyi..setakat karaoke2 tu bole lah..jgn malukan diri sendiri..
Saya setuju dgn comment @feldegast.. kalau 8 thn pun masih menyanyi level ni henti kan je lah jd penyanyi.. focus pd benda lain pulak..