fbpx

“Ada Sebab Drama Nur Ditayangkan Pukul 10 Malam”

Baru sahaja ditayangkan, nampaknya drama popular Nur musim kedua dikecam hebat oleh netizen dimana rata-rata mereka menyifatkan terlalu banyak babak terlampau dan terlalu berani.

Perkara itu mendapat perhatian pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin yang mengakui drama berkenaan tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak. Ujarnya lagi, disebabkan itu drama tersebut diklasifikasikan sebagai P13 dan bukan untuk tontonan umum.

BACA: Drama ‘Nur’ Menang Besar DFKL 2019

“Mungkin ada yang masih belum faham kenapa Nur 2 diklasifikasikan sebagai P13 untuk siaran kali ini. Ada sebab juga kenapa drama Nur 2 ditayangkan menerusi slot Samarind pukul 10 malam dan bukannya slot Akasia iaitu pada waktu petang.

“Terus terang saya katakan, Nur 2 yang mengisahkan dunia pelacuran tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak. Remaja mungkin, itu pun ibu bapa kena guna peluang ini sebagai alat mendidik anak terutamanya berkaitan pembelajaran seks dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Shahrulezad menjelaskan ibu bapa perlu bertangungjawab dan memantau bahan hiburan anak-anak yang disiarkan di televisyen.

“Kandungan untuk kanak-kanak adalah di siang hari bukan malam. Malam selalunya untuk tontonan dewasa terutamanya pada jam 10 malam ke atas,” jelasnya.