Pelakon Fathia Latiff berkata hatinya tersentuh apabila menerima sumbangan RM50 daripada seorang individu untuk membeli makanan serta minyak wangi.
Menerusi hantaran di Threads, Fathia berkata dia turut tersentuh kerana sebelum ini dia yang memberi sumbangan namun kini dia pula yang menerimanya.
BACA: “Yakin Dengan Keadilan” – Fatiya Latiff Titip Semangat Buat Syed Saddiq

Dalam pada itu, Fathia berkata di dalam dunia ini masih ramai individu yang baik hati serta prihatin namun kita sahaja yang tidak nampak.
“Tersentuh saya. Dulu kita bagi sedekah dekat orang, sekarang orang pulak sedekah dekat kita. Sebenanya ramai sahaja orang yang baik-baik dekat dunia ni, cuma kadang-kadang kita tak nampak,” katanya.