fbpx

“Ada Kes Mahkamah Memang Akan Kena Gam”

Sejak berdepan dengan lima kes pertuduhan jenayah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Januari lalu, Diana Danielle akui suaminya Farid Kamil kurang mendapat tawaran berlakon dan beliau memahami situasi tersebut.

BACA: Farid Kamil Didakwa Buat Laporan Palsu

“Mana-mana artis yang terpalit kontroversi atau kes mahkamah akan disenarai hitam atau digam pihak tertentu. Ia sudah jadi lumrah dalam industri. Mereka perlu banyak bersabar dan jangan putus asa kerana ia hanya sementara saja”

Pesan Diana buat selebriti yang pernah dilanda kontroversi dan digam oleh industri seni supaya banyakkan bersabar dan tidak perlu bimbang tentangnya kerana apa yang diperkatakan netizen hanya sementara.

“Artis tidak perlu bimbang apabila dilanda gosip mahupun kontroversi kerana ia hanya diperkatakan netizen di media sosial sehari saja dan selepas itu orang akan lupa,” jelasnya kepada Harian Metro.

Tambah Diana, pun begitu Farid masih menerima beberapa tawaran namun tidak dapat melaksanakannya kerana beliau baru menjalani pembedahan lutut baru-baru ini. Buat masa ini kata Diana, Farid perlu berehat selama empat bulan. (rtky/w)