fbpx

“Ada Hikmah Saya Kembali Solo”

Berita perpisahan diantara pasangan yang suatu ketika dulu hampir ingin mendirikan rumah tangga, Fathia Latiff dan Aiman Hakim sememangnya mengejutkan orang ramai. Namun bagi Fathia, selepas mengubah penampilan kepada bertudung, beliau percaya semua yang terjadi punya hikmah tersendiri.

BACA: Fathia Latiff Dapat Tajaan Untuk Beli Undi?

“Bila saya solo, saya mula terfikir untuk lebih mengejar benda yang lebih penting dalam hidup ini. Dulu saya lebih tak boleh berenggang dengan bekas kekasih. Semua benda dirasakan lebih senang untuk saya, tidak seperti sebelum ini. Saya percaya sekarang boleh lebih fokus dengan kerjaya dan keluarga”

“Saya yakin hidayah Allah itu memang ada kebaikan yang kadang-kadang kita tak tahu. Contohnya sekarang saya dah mempunyai koleksi pakaian sendiri,” katanya kepada portal Extra Tonton ketika ditemui di peragaan fesyen koleksi pakaiannya yang dikenali sebagai Dara itu di Glasshouse of Seputeh, Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai koleksi pakaiannya pula, koleksinya itu turut menampilkan helaian berciri tradisi kerana beliau sendiri meminati sesuatu yang klasik. Fathia juga akui bahawa dirinya mempunyai ciri kemelayuan yang kuat, dimana beliau tidak mahu mengubah originaliti sesuatu pakaian traditional itu. (rkty/w)