fbpx

Rabu lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad. Malah, banyak kisah kebaikan arwah dikongsikan di media sosial.

Terbaru, tular video memaparkan balu kepada penyanyi itu iaitu Ina Naim berkongsikan kebaikan yang sering dilakukan oleh arwah suaminya.

BACA: Tular Semula Video Suhaimi Saad Dedah Ina Naim Yang Melamarnya

Menerusi video dikongsikan seorang pengguna TikTok, Ina berkongsikan arwah suaminya itu tidak pernah iri hati melihat kemewahan orang lain serta tidak membandingkan kehidupan mereka.

@ainibakori

Sedihnya …perkongsian daripada Aisysmomcare?#kematianyangmenghidupkanjiwa??

? original sound – Mama_Anishop – Mama_Anishop

“Selama saya hidup dengan dia 16 tahun, arwah tak pernah ada iri hati ke cemburu ke tengok orang yang lebih senang, orang mewah.

“Dia tetap dengan diri dia macam tu, tak ada langsung iri hati. Diri dia memang macam tu dan selalu bersangka baik,” katanya.

Dalam pada itu, Ina turut mendedahkan Suhaimi seorang yang suka bersedekah serta membantu mereka yang dalam kesusahan.

“Orang susah ke, orang senang ke, miskin atau kaya semua dia akan bantu. Kalau dia nak tolong dia tolong. Ada duit RM100 dan orang tanya, ‘Boleh tak saya nak minta sedekah sikit?’, ‘Anak saya nak makan’, atau ada yang nak beli pampers ke susu, dia akan bagi RM50. Kadang-kadang tu dia bagi ja semua,” katanya.