fbpx

Ada Bran? Macam Ni Lah Norma Baharu ‘Abang Sado’ Ke Gym

Sejak 15 Jun lalu, kerajaan dah pun melonggarkan kepada ‘kaki gym’ untuk ke gym dengan syarat patuhi prosedur operasi standard (SOP) dari kerajaan. Senyum sampai telinga geng-geng abang sado kita ni kan?

Tapi! Tak semua yang yakin nak pergi ke gym. Ya lah semenjak COVID-19 mula ‘berleluasa’, pasti ramai yang was-was dan takut untuk ke sana ke sini. Nak nak pulak, sekarang ni semakin merisaukan. Dalam kepala otak mesti dah fikir macam-macam. Sebabnya kita tak tahu sama ada orang yang ke gym tu ada virus atau tak.

Selamat Ke?

Selamat ke? Betul ke owner gym dah sedia untuk ikut SOP seperti yang disarankan oleh kerajaan? Apakah anda nanti akan juga ikut? Bagaimana mereka nak pastikan anda ikut?

Tudia, bertubi-tubi soalan keluar. Fuh…

Tapi kami yakin, itu masa awal-awal semasa kerajaan keluarkan arahan jer. Owner gym sekarang pun dah buat peraturan dan amalkan SOP yang patut mereka ikut. Yang paling penting, diri anda sendiri yang patut ikut!

Pakai mask, check in guna apps MySejahtera, sentiasa pakai hand sanitizer selain pihak gym jaga SOP yang mereka buat.

Idris, Hairul & Zul Amalkan Norma Baharu

Selain dari kita yang ke gym, kalau anda perasan artis-artis sado kita pun tak ketinggalan jugak. Antaranya Idris Khan, Hairul Azreen dan Zul Ariffin. Demi nak fit, nak tak nak kena jugak ke gym.

Zaman sekarang ni, nak nampak kacak perlu berbadan sasa. Kalau badan tak sado terus nampak tak hensem, tak kuat, tak macho, tak nampak jantan. Yeke? Anda yang cakap, bukan kami. Eh!

So gais, bagi mematuhi seruan kerajaan dalam memutuskan rantaian COVID-19 apa yang mereka ni buat sebelum ke gym dan semasa di gym. Nak tahu tak? Let’s find out!

Macam yang anda tahu, sebelum kita nak keluar ke mana-mana pun kita kena sentiasa kerap cuci tangan, pakai mask, pakai hand sanitizer dan macam tu jugaklah mereka ni buat.

Macam Idris Khan ada cakap pada kami, sebenarnya 2 pihak perlu main peranan bila cakap pasal SOP ni. Bukan diri sendiri jer yang kena jaga, pihak gym pun kena ambik tahu jugak pasal SOP.

Dan katanya, gym yang dia pergi semuanya menjaga SOP dengan baik. Dan so far, semua equipment dalam gym dibersihkan dan disanitize. Bukan itu jer, trainernya pun pakai mask untuk mengelakkan sebarang kemungkinan.

Tambah Idris lagi, selepas habis training, dia akan cuci tangan dan terus pulang ke rumah, cuci baju serta bersihkan diri. Memang tak singgah ke mana.

“Pada awalnya gym dibuka, first memang rasa risau, tak tahu macam mana dia punya penjagaan untuk mengelakkan apa-apa berlaku kan, jadi tak tahu apa SOP gym dan tak tahu apa yang kita perlu buat. Tapi bila dah pergi tu, nampaklah SOP mereka.”

Mereka juga akan ikut SOP yang premis gym dah tetapkan. So tiada alasan untuk langgar peraturan kan? Kalau langgar, diri sendiri lah yang ‘sakit’!

SOP Ke Gym

Jom kita check checklist SOP ke gym ni.

1. Anda haruslah memakai/membawa mask semasa datang dan balik gym.
2. Pakai sanitizer sebelum masuk.
3. Scan QR CODE menggunakan apps MySejahtera (isi nama butir diri dalam buku log).
4. Pastikan anda buat pemeriksaan suhu badan anda.
5. Pakai pakaian pakaian lengkap sukan dan kasut sukan untuk kegunaan di gym sahaja.
6. WAJIB membawa tuala sendiri.
7. Anda tak dibenarkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala/sarung tangan/tali pinggang/botol minuman.
8. Anda haruslah membersihkan peluh sendiri pada peralatan yang digunakan dan susun semula peralatan di tempat asal.
9. Had masa bagi seseorang dari 45 minit ke 1 jam.
10. Tidak dibenarkan berinteraksi sosial dan bersentuhan.
11. Anda disarankan terus pulang setelah selesai aktiviti di gym. Tidak dibenarkan berkumpul dan bersembang. Jangan membawang!

Kalau anda betul-betul ikut SOP ni, anda tak akan dijangkiti virus pembunuh itu. Kalau rasa tak sihat, janganlah menggedik nak keluar pulak. Jaga diri tu dan jangan libatkan nyawa orang lain. Pastikan anda buat saringan kesihatan kalau ada simptom-simptom COVID-19.

Jangan Tambah Bilangan Pesakit!

Kes di negara kita masih lagi tiga angka…Waktu sekarang ni, kerjasama semua pihak untuk patuh SOP sangat penting supaya rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Jadi, setiap orang memainkan peranan yang sangat penting. Walaupun tidak ke gym, tapi dimana-mana sahaja tempat yang anda pergi, pastikan pakai mask, jaga jarak sosial 1 meter dan jaga kesihatan anda okay! Kita adalah frontliners. Kita jaga kita. Bersama hentikan wabak COVID-19.

Walaupun kes COVID-19 di negara kita ni semakin meningkat, jangan panik dulu. Macam yang Dr Noor Hisham Abdullah cakap, ia masih lagi terkawal. Tapi tanggungjawab anda sebagai frontliners adalah jaga diri dan jugak keluarga anda. Sentiasa patuhi SOP dan jalani kehidupan norma baharu ni dengan baik okay!

Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang info sihat berkaitan COVID-19, klik DI SINI.