Pernah mengalami kemurungan sejak dua tahun lalu, Tasha Shilla mendakwa biarpun wajahnya mengukir senyuman namun pernah sesekali beliau mendengar bisikan memintanya untuk membunuh diri.
BACA: Tasha Shilla Dedah Sudah Dua Tahun Alami Kemurungan
“Saya mengalami masalah kemurungan tahap ringan selepas putus cinta. Pada pandangan mata kasar, memang saya kelihatan normal, tetapi perasaan saya sangat berkecamuk. Bibir mungkin mengukir senyuman, tetapi hati menangis”
“Saya masih boleh ke tempat kerja seperti biasa, namun apabila pulang ke rumah, saya banyak termenung dan bersedih. Hinggakan sampai satu tahap, orang ingat saya ada masalah jiwa”
“Ada juga suara bisikan yang meminta saya mencabut nyawa sendiri. Mujurlah sebagai orang Islam kita masih ada iman yang dapat menghalang daripada melakukan perkara terkutuk sebegitu,” jelasnya.
Menurut Tasha, jika dulu dirinya lebih gemar keluar berhibur bagi menenangkan hati, kini selepas mengikuti sesi kaunseling Tasha kembali berfikiran waras dan hidup lebih tenang. (rtky/w)