fbpx

Ada Adegan Bogel, Nadia Brian Tolak Tawaran Drama Hollywood

Sudah menjadi impian setiap pelakon untuk muncul di peringkat antarabangsa, namun pelakon Nadia Brian memaklumkan dia terpaksa menolak tawaran berlakon dalam drama bersiri 12 episod di Hollywood.

Menurut Nadia dia terpaksa menolak tawaran berkenaan kerana memerlukan dirinya untuk berbogel. Nadia berkata, pada awalnya dia sangat gembira apabila menerima tawaran berkenaan namun bertukar kecewa apabila mendapati wataknya perlu berbogel dalam beberapa adegan panas.

BACA: Nadia Brian Akui Tak Bahagia, Tak Sabar Nak Semuanya Selesai

“Ia lebih daripada adegan bercium. Mungkin adegan berbogel di Hollywood bukan satu masalah besar tetapi saya tidak mampu melakukannya.

“Saya mungkin berpakaian seksi tapi saya takkan tanggalkan pakaian di set untuk melakukan adegan panas untuk satu platform ‘streaming’ di Hollywood,” katanya.

Enggan menerima tawaran tersebut, Nadia berkata watak itu akan mencalarkan imej dan reputasi dirinya serta nama baik keluarganya.

“Saya akui, semua pelakon memiliki impian untuk berlakon di Hollywood. Tapi kita Melayu dan Muslim, budaya kita tak sama dengan di Hollywood,” katanya.

Dalam pada itu, Nadia berkata jika dia menerima tawaran tersebut, jadual penggambaran akan bermula bulan ini selama enam bulan di Ireland, namun menggangap bukan rezekinya.