Achey Sanggup Jual Motosikal Tampung Kos Rawatan Ibu
Diduga dengan pemergian bapanya dua bulan lalu, pelakon dan pelawak Achey diuji lagi apabila ibu tercinta disahkan mengalami masalah saluran pankreas dan hempedu tersumbat hingga perlu menjalani rawatan lanjut.
Menurut Achey ibunya perlu menjalani pemeriksaan terkini dan demi ibunya dia sanggup bergolok bergadai bagi menampung kos pembedahan atau rawatan susulan.
BACA: Achey Simpan Hasrat Mahu Beraksi Di Pentas AJL
“Daripada pemeriksaan awal, masalah kesihatannya berpunca saluran pankreas dan hempedu yang tersumbat. Hasil ujian tisu pula hanya dapat diketahui dalam tempoh seminggu.
“Buat masa ini emak dibenarkan pulang. Kami adik-beradik akan menjaganya bersama-sama, doakan semoga mak kami cepat sembuh seperti sedia kala.
“Demi kesihatan mak, kami adik beradik takkan menyerah, malah rela berkorban apa saja walaupun perlu bergolok bergadai bagi menampung kos pembedahan atau rawatan susulan,” katanya.
Dalam pada itu, Achey berkata ada hikmah di sebalik pandemik kerana dia dapat menjaga ibunya yang sudah mencecah usia 73 tahun, dalam masa sama menguruskan perniagaannya dari kampung.
“Jadi apabila keadaan kesihatan mak tampak merosot secara tiba-tiba, saya dapat menjaganya. Besar jasa dan pengorbanan emak, belum tentu kami dapat balas.
“Cuma yang kami risaukan kalau mak perlu lalui prosedur pembedahan sebab faktor usia. Soal wang kami adik-beradik akan usahakan selagi terdaya.
“Kalau selepas ini orang nampak saya nak jual motor atau barang lain, itu semua demi perbelanjaan rawatan. Saya tak kisah, barang boleh cari tapi mak tak kami tak terganti,” katanya.
- SUMBER
- Kosmo!
Mudah2an sembuh ye makcik…
RINDU MAKK….
Tajuk paling ejen takaful suka ni
Tajuk ejen takaful paling suka?
Betol mak jemah..
Pantang tgk org ditimpa susah, nak dijadikan umpan cerita utk dia cari rezeki. Hati2 ejen…
Ambik pengajaran ya, tp bagi la token secara diam2 kat org yg awak ambil pengajaran tu..mana tau keberkatan rezeki tu blh terhakis dek menggunakan kesusahan sesuatu pihak utk jd modal.
Orang melayu bodoh tak ada takaful .. sengkek , bila susah jual gadai semua harta ..pastu tak habis2 kata takafu tipu .. cina tu 10 insuran dia ada .. sengkek