fbpx

Achey Hadiahkan Audi TT Di Hari Lahir Isteri

Terharu betul melihat pengorbanan Achey kepada isterinya. Baru-baru ini, dalam sambutan hari lahir buat isterinya yang tercinta, Achey telah menghadiahkan kereta mewah yang melangkau berharga hampir RM300,000. Bahagia sungguh melihat pasangan ini.

BACA: Achey Bocey Belum Ada Rezeki Timang Anak

Hadiah itu pastinya membuatkan sesiapa saja terharu malah peminat Achey juga kagum dengan semangat dan juga cara Achey melayan isterinya bagai puteri. Malah ada yang menjadikan pelakon dan pelawak ini sebagai idola mereka selain mendoakan yang terbaik buat Acyeh dan isteri.

Jika dilihatkan barisan selebriti yang sama-sama naik dengan Achey sebelum ini, masing-masing mempunyai kehidupan yang lebih baik kini dan untuk mendapatkan apa yang dimiliki kini bukanlah dengan bersenang-lenang. Penat lelah Achey manalah kita tahu’bukan?

Semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia dan dikurniakan cahaya mata yang pastinya akan menambah sinar setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga. Kami kongsikan beberapa gambar sepanjang majlis sambutan hari lahir isteri Achey yang turut dihadiri rakan selebriti yang lain. Enjoice! (rtky/s)