Achey Buat Kejutan Untuk Isteri, Beri Nafkah Dalam Jambangan Bunga
Baru-baru ini, perkongsian pelawak Achey Bochey menjadi perhatian ramai apabila membuat kejutan dengan memberi wang nafkah kepada isterinya, Nor Hasanah dengan cara yang romantik.
Mahu menghargai dan menggembirakan isteri tersayang, Achey turut berkongsikan video tersebut untuk tatapan peminat.
BACA: Isteri Achey Tiru Tokti, Aktif Berbasikal Untuk IVF
View this post on Instagram
Lebih menjadi perhatian adalah kapsyen dimana pelawak itu mengigatkan bahawa isteri adalah pinjaman Allah dan perlu dijaga sebaiknya.
“Tak ada apa pun..hanya nak kongsi. Benda wajib kalau kita sulam dengan keindahan ianya akan buat kita bahagia menjalaninya.
“Isteri dipinjamkan Allah untuk kita di dunia..Dia hak Allah..Maka kita cuba sebaik mungkin jaga milik Allah ini,” tulisnya.
Menerusi video tersebut, isteri Achey dilihat terkejut dan gembira apabila menerima tuntutan tanggungjawab daripada Achey itu.
Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.
Ni lawak..Lepas ni kena bank in pulok.
gosip apa ni….besok dp madu
geliiii…jantan melayu2 nk buat rumantis cam x kena….cinta ikut peluang..
bila nk kawin lg cinta dibahagi 2.
Lelaki melayu kalo suka pamer acah sweet tu memang sesuatu sgt. Kalau tak poyo, pondan. Kalau tak pondan, gay. Hahahahahaha contoh cam effik tu. Acah muslimin muslimat sayang you till jannah sangat. Sekali cerai. Badan dah ketak2 pastu cerai. Mula2 post2 sume sayang bini. Belikan macam2. Keretah apalah last2 cerai. Tayang la sgt semua benda kat socmed. Murah betul kisah peribadi masing2. Selagi boleh jaja dia nak jaja
Some things are best not shown for the world to see & …
to judge
cantik bini dia
ini patut dijdkan contoh.. benda baik patut ikut