fbpx

Acha Septriasa Tulis Lagu Sendiri: Bakal Keluar Album Mini

Si cantik manis Acha Septriasa mungkin lebih di’kenali sebagai seorang pelakon berbanding penyanyi meskipun pernah hits dengan lagu ‘Berdua Lebih Baik’.

Namun, minat Acha dalam bidang nyanyian akan di’teruskan dengan penerbitan mini album yang akan mengandungi 4 buah lagu ciptaan Acha Septriasa sendiri..

“Ya kebetulan aku yang memproduseri dan pencipta lagunya, albumnya ya bercerita tentang kehidupan aku yang banyak lika-likunya, banyak cobaan, rintangan, kesenangan, dan kesedihan juga,” ujar Acha bercerita tentang konsep album mini beliau.

Ramai sebenarnya tidak tahu yang bekas kekasih hati Irwansyah ini berbakat besar dalam penulisan lagu & lirik. Kita nantikan sahaja buah tangan terbaru Acha.