Agak sunyi Kuala Lumpur hari ini kalau anda tidak berada di Jalan TAR, Sogo atau Plaza Alam Sentral.

Bintang Indonesia yang kini menetap & belajar di Kuala Lumpur ada perkhabaran ringan untuk anda.

Acha Septriasa yang masih di’kenang sebagai bekas kekasih Irwansyah ini sanggup terbang pulang ke Jakarta untuk sebuah filem.

Filem bertemakan sukan bola sepak berjudul Tendangan Dari Langit ini berjaya memikat Acha Septriasa untuk pulang semata mata untuk menyertai tayangan awal.

Bercakap kepada KapanLagi.com, “Saya baru ke Jakarta tadi malam dari Kuala Lumpur. Saya sengaja mau lihat film ini.”

Selain mempunyai jalan cerita yang memberi inspirasi untuk orang ramai meminati bola sepak, Acha Septriasa tertarik dengan sinematografi & lokasi pengambaran filem ini yang berlatarbelakangkan Gunung Bromo.

Berminat dengan Tendangan Dari Langit? Filem ini berada di seluruh panggung wayang utama Indonesia sejak 25 Ogos lalu. Trailer selepas ini.