fbpx

Abby Abadi Terkilan Dituduh Kaya Sebab Jual Bayi

Terkenal dengan misi kemanusiaannya dalam membantu menyelamatkan bayi dan menyerahkan kepada keluarga angkat, Abby Abadi berang apabila ada netizen menabur fitnah dia mengaut keuntungan daripada perniagaan menjual bayi.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Akui terkilan dengan tuduhan tersebut, Abby berkata dia tidak sangka usaha murninya itu menjadi perantara urusan menyerahkan bayi untuk dijadikan anak angkat menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.

BACA: Abby Abadi Sanggup Rentas Negeri Selamatkan Bayi Yang Nak Dibuang

“Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah, berat tuduhan itu! Tak nampakkah saya dengan suami berkerja, berniaga macam-macam? Ke sana sini sertai acara, berniaga seperti peniaga pasar malam. Setiap bulan kami terkejar-kejar nak bayar itu dan ini.

“Dari awal saya beritahu, saya terbabit dengan kerja ini secara tak sengaja selepas saya ambil Muhammad Daiyan Fayyadh sebagai anak angkat. Selepas itu ramai yang nak serahkan bayi kepada saya dengan pelbagai latar belakang. Saya bincang dengan suami, kami sepakat dan ambil seorang lagi anak angkat perempuan.

“Saya uruskan untuk orang lain sebab ibu kepada bayi-bayi yang saya uruskan itu semua cari saya untuk dibantu. Cerita-cerita mengenai bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ini pun nak berburuk sangkakah? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati?” katanya.

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan bahawa dia hanya menjadi perantara dan membantu keluarga angkat mendapatkan bayi tanpa mengambil sebarang keuntungan.

Ujarnya, wang yang diminta daripada keluarga angkat bertujuan untuk membayar kos bersalin dan hospital yang ditanggung oleh ibu bayi berkenaan. Katanya, selama ini dia dan suami berniaga macam-macam untuk mencari pendapatan.

“Ada yang komen kat forum itu, syarat saya nak ambil bukan percuma. Bersalin sendiri pun ada kos, kos itu untuk ibu kepada bayilah. Mereka bersalin itu ingat main-main? Normal lain, swasta lain.

“Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, dan RM15,000, memang ada bil yang tinggi macam itu. Sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal, saya memang jadi perantara dan tak terbabit dengan urusan membabitkan wang. Saya kenalkan saja dan terus ibu bapa angkat berurusan sendiri. Jadi, bila saya menjual bayi ini?” katanya.

Kata Abby lagi, dia berharap pihak tidak bertanggungjawab itu berhenti menyebar fitnah kerana niatnya membantu dalam urusan mengenai pengambilan anak angkat adalah ikhlas.