fbpx

Abby Abadi, Suami Serba Hijau Di Majlis Bertandang

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu, baru-baru ini telah diadakan majlis bertandang yang diadakan cukup sederhana di Kelantan. Kemesraan Abby Abadi dan juga suaminya, Muhamad Faizal Zakaria jelas terpancar melalui perkongsian gambar mereka.

BACA: Abby Abadi Kirim Mesej Lucah Buat Suami Di Instagram?

Sebelum ini, Norman dan juga Memey turut mengucapkan tahniah kepada Abby serta mendoakan agar pasangan ini berbahagia sehingga ke akhir hayat dan menjadi perkahwinan yang terakhir buat Abby.

Melalui doa peminat yang memberi sokongan tidak putus-putus, moga rumah tangga Abby akan terus dilimpahkan sinar bahagia dan dipermudahkan segala urusan. Kami kongsikan beberapa keping gambar ketika majlis bertandang baru-baru ini. (rtky/s)