fbpx

Abby Abadi Peluk Cium Marissa Undang Sebak

Selepas dua minggu hangat diperkatakan mengenai dakwaan Marissa Dania dikatakan sudah bernikah di Songkhla, Thailand, perkongsian ibunya yang juga pelakon Abby Abadi menjadi perhatian.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby dilihat ada memuat naik video berkumpul bersama keluarga Norman Hakim dan turut kelihatan anak perempuan mereka, Marissa Dania.

BACA: Jarang Berlakon, Abby Abadi Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Apa yang menjadi perhatian, Abby dilihat memeluk cium anaknya itu ketika sesi bergambar bersama keluarga ketika menghadiri jemputan di sebuah hotel terkemuka.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan ibu mana yang tidak sayang pada anak mereka serta menyifatkan Abby dan Norman ibu bapa yang hebat.

Malah, ada yang sebak melihat ikatan kekeluargaan keluarga tersebut meskipun dilanda dengan ujian dan masih bersabar.