fbpx

Jarang Berlakon, Abby Abadi Pilih Watak Bernilai Di Sisi Allah

Sudah lama rasanya kita tidak melihat pelakon Abby Abadi muncul di mana-mana kaca televisyen apatah lagi dia kini sibuk dengan perniagaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Abby menjawab pertanyaan peminat bahawa dia akan kembali berlakon jika ditawarkan watak yang bernilai di sisi Allah.

BACA: Netizen Ucap Tahniah Kepada Abby Abadi Dapat Menantu

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

“Ada yg tanya, Akak dah tak berlakon? Menyanyi pun dah tak jugak ye kak.. Tahu apa kita jawab? hehe.. InshaAllah kalau ada offer watak-watak yang bernilai disisi Allah, kita join. 

“Kalau takde, kita berniaga jelah .. Kitapun taknak lah.. kalau sibuk nak shooting balik, terutama drama panjang-panjang, banyak pantang larang, nanti buat orang benci pulak dengan kita… kan? hehe.. Baik kita usaha buat apa yang kita suka, yang paling penting Allah redha,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu, Abby memuat naik video sedang menjalani penggambaran bersama anak ketiganya, Maria Danisha. Difahamkan ianya adalah program masakan yang akan ditayangkan pada Ramadan nanti.