Abby Abadi Kongsi Cara Didik Anak Perempuan Tutup Aurat
Menerusi Instagram, pelakon Abby Abadi berkongsi beberapa cara bagaimana dia mendidik anak-anak perempuannya agar sentiasa mendekatkan diri dengan agama dan mementingkan penjagaan aurat.
Abby berkata sejak anak-anaknya masih bayi lagi sudah didedahkan dengan didikan agama sejak bayi supaya memiliki perasaan cinta dan sayang terhadap Allah.
BACA: Norman Hakim Dipuji Tak Lupa Nafkah Abby Abadi
“Didikan awal. Kenalkan anak perempuan kita dengan Allah sejak bayi lagi. Ada yang tanya pada saya macam mana didik anak-anak perempuan boleh bertudung/menutup aurat seawal usia.
“Serba sedikit yang saya boleh kongsikan, jika nak anak perempuan berjaya di dunia dan akhirat, wajib kita sebagai umat Islam perkenalkan Allah kepada anak kita seawal bayi lagi,” tulisnya.
Dalam pada itu, turut menasihati ibu bapa agar mendedahkan anak-anak dengan cara pemakaian yang sopan agar ia menjadi kebiasaan.
“Bila tidurkan anak, dodoikanlah anak dengan zikir, selawat, dan lagu-lagu nasyid yang memuji Allah. Apabila selalu disebut dan didengarkan dengan nama-nama Allah, anak perempuan kita akan mengenali dan mencintai Allah.
“Pakaikan anak perempuan kita dengan pakaian yang sopan sejak kecil. Seawal anak kita kecil lagi, elakkan dari memakaikan baju yg keterlaluan.
“Nanti bila anak semakin besar, mereka akan malu sendiri utk berpakaian seksi,” katanya.
Perkongsian Abby itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pelakon itu serta memuji didikan Abby buat kedua anak gadisnya.
Ajar anak cara hormati org, jangan bongkak, jangan buang sampah, kebersihan, kesedaran sivik lagi bagus. Yg bertudung pun rumah cam reban kambeng.Islamik?
so what? yg pakai tudung pun buang anak merata tepi bus stop …atas tutup bawah ternganga huhu
Pelacur pun Allah ampon kan xpayh nk over sangat tudung sekadar uniform sajer moral yg penting kak oi.
NAK MASUK SYURGA NI KERANA REDHA/RAHMAT ALLAH BKN CARA PAKAI TUDUNG IKAT TEPI BAWAL, SIAKAP, JAWS BAGAI. PERBETULKAN KIBLAT DULU BACAAN SOLAT PUN BYK KE LAUT MAKNA PON TAK TAHU KO GHASER…..?!!
haah kan teringat kisah makcik buang sampah tepi jambatan….alih2 kata buang saka.,,jenis yg bertudung la tu….
Yg lari rentas negeri nak g bancuh teh tarik, itulah contoh ingat akhirat yang sebenar benarnya !
ajarkan anak juga dgn perkataan t.kasih berulang2, buat mcm omputeh, say thank you tu amat penting, ini menandakan anda bersyukur dgn apa sgala perbuatan, tak guna muka manis, cantik, bertudung labuh, bla.. tpi ssh nak bgi say thank you, percayalaah, jika anda say thank you, anda akan dihargai org, org pun akan mmbalas perkataan tu suatu ahri, walaupun anda hanya ucapkan dibibir, dalaman hati tu sebenarnay mmbenci / mmbawang anda.
ucapan thank you ini biar bertempat, tak kn org ketuk anda, anda say thank you..
Ajar jg..jgn tergedik2
BESIDES AJAR ANAK PAKAI TUDUNG JANGAN LUPER AJAR ANAK JANGAN MACAM AWAK YG TERGEDIKS GEDIKSSS..
AURAT MALU DAN KEBERSIHAN URUS UMAH TANGGA PUN KENA JAGA JUGAK PUAN USTAJAH ABBY OI….
AIT….. USTAJAH PUN FILTERED MUKA????
HEJEJEKEKKEKKEEK!
korang ni pon satu. didik la hati tu jgn ego sgt. sikit sbyk btol kan dia ckp. korang meyampah dgn dia sampai menidak kan benda btol apO. mcm budak2. didik anak awal mcm apa dia kata, campur dgn ikhlas. lain tawakkal Allah atur hidup anak kita. yg baik dulu bole jahat kemudian. yg jahat dulu bole baik kemudian. its life mannn..over sgt rasa benci u olzzz.. pon Allah tak suka tau
Kita wait n see..maknye bagus sgt kan..
15 tahun dh ada bf…tudong apooooooo???????
wow comment kat atas ni sume kenapa.. benda baik dia share kan.. doa kan baik2.. dah bertutup pun salah kata org yang betudung pulak yang teruk.. buang anak and bawah terngangan n all.. dah free hair suruh pula diberi hidayah.. semua perbuatan atas individu bukan semua sama.. benda elok dikeji orang buat baik dikutuk.. yang buat jahat terang2 kata okay pula sbb dah mmg appearance pun teruk.. jd apa je yang baik.. teruk betul komen kat atas semua especially yg mengeji tu..
kalau orang share benda baik, kenapa nak kecam. si lopa tu even dia rentas negeri pergi hanimun (kerja) tapi kalau dia share benda baik, hadis hadis teguran, kan elok untuk pengetahuan kita jugak. apoooo korang ni mengecam je
dah kenapa la komen-komen kejian kat atas tu..
ni dia kongsi episod menutup aurat…apa salahnya…benda baik ambik la. Banyakk lagi tambahan episod-episod untuk mendidik anak ni, yang tu dia kongsi sebahagian sahaja.
ni suddenly dia pulak dikecam. nak buat jahat tu semuanya atas hati tak kira la free hair atau bertutup.
kena faham, tak sembahyang tu berdosa, tak tutup aurat pun berdosa.
Hahahah ramainye yg panas. Kena ruqyah kan kut korg ni baru tenang. Betul la cara abby tu, didik dgn kasih sayang, bukan paksaan atau psiko kena tutup aurat bagai. Sll family toxic je yg hasilkan ppuan tudung tp perangai cm haram, sama je dgn ppuan xpakai tuding pun
Jgn ingat dah maksom sangat sebab anak2 remaja dah bertodonk…berapa ramai yg bertodonk buat jahat..lahir anak lua nikah…mencuri…toodong hanya uniform saja…bukan jaminan ke sorga…kau ingat sorga tu moorah ka?