fbpx

Abang Tesla Puji Isteri Pertama, Banyak Mengalah Jaga Aib Suami

Pempengaruh media sosial, Abang Tesla memuji pengorbanan isteri pertama yang menerima kehidupan poligami kerana orang ramai tidak tahu apa yang mereka lalui.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Abang Tesla berkata isteri pertama banyak mengalah dan hanya berkongsi cerita dengan orang terdekat sahaja.

BACA: Abang Tesla Hantar Isteri Pertama Tunai Umrah Bersama Misya

Kata Abang Tesla lagi, ada sesetengah wanita viralkan suami mereka sendiri namun dalam kisahnya isteri pertamanya, Nurmadjina Jamari banyak menjaga aibnya dan dia mengakui dirinya bukan orang yang baik.

Menurutnya lagi, isteri pertamanya itu sangat luar biasa kerana boleh menahan diri daripada berkongsikan yang bukan-bukan mengenai rumah tangga mereka di media sosial.

Terdahulu, nama Abang Tesla menjadi bualan apabila mengumumkan dia sudah berkahwin dua dan mendapat restu daripada isteri pertamanya.

SUMBER: mStar Online