Abang Sulung Uyaina Arshad Meninggal Dunia
Salam takziah buat pengacara dan pelakon Uyaina Arshad di atas pemergian abang sulungnya, Allahyarham Mohd Attaful Uziar yang meninggal dunia akibat serangan jantung, malam tadi.
Menurut suami Uyaina iaitu Raja Syahiran, Allahyarham meninggal dunia ketika berbasikal kira-kira jam 9 malam tadi.
BACA: Abang Sulung Uyaina Arshad Meninggal Dunia
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Uyaina tidak menyangka abangnya dijemput Ilahi di usia muda. Lebih sebak, hari ini juga merupakan ulang tahun kelahiran ibunya namun diiringi dengan pemergian anak sulungnya.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa sama-sama .Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu.
“Baru semalam kami berjumpa. Makan, bersembang dan ketawa sama-sama .Macam-macam juga dia pesan. Dia risaukan adiknya nak bersalin. Rupa-rupanya dia yang pergi dulu,” tulisnya.
Uyaina menyifatkan abangnya yang juga seorang doktor di Hospital Angkatan Tentera Tengku Mizan seorang insan yang berhati mulia serta sentiasa menjadi contoh terbaik buat adik-adik.
“Dia tersangat baik, terlalu baik. Anak yang baik. Abang yang baik. Suami yang baik. Ayah yang baik. Lepas arwah baba meninggal dunia, dia jadi ketua keluarga. Dari kecil lagi dia dah tunjukkan contoh yang baik untuk kami adik-adik. Dia masuk asrama. Kami semua nak masuk asrama.
“Dia berjaya dalam pelajaran. Kami semua nak berjaya dalam pelajaran. Dia sentiasa dahulukan ummi. Kami adik-adik berebut nak berbakti untuk ummi. Dia baik, pemurah dan penyayang,” tulisnya.
Salam takziah.. semoga arwah ditempatkn bersama para solihin.. aamiin..
Doktor pun kena heart attack kan? Innalillahi wainailaihi rojiun.. itulah kuasa Allah kalau dah ajal sapa pun x bole jangka. Takziah buat keluarga beliau. Al Fatihah…
turut sedih sbb isteri arwah sendiri kehilangan anak lelaki dulu.. simpati pada mak uyaina sbb hilang anak,kesian kepada uyaina sbb dia tgh pregnant.. semoga Allah kuatkan dorg semua..
Yg ni mmg sedih..kesian anak dan isteri sb pergi mengejut..semoga syurga tempat untuk arwah abg uyaina ni amin…
DOKTOR SEMUA KAN KENA AMIK VAKSIN. TIBA2 JER HEART ATTACK. SEKARANG SEJAK KENA AMIK VAKSIN NI ASAL PUNCA RAKYAT MAMPOS SEMUA PASAL HEART ATTACK. TAIK PALAT BETUL
Safe and effective, brought to you by pzifer.
Semoga tenang d sana. Ajal maut semua d Tangan Yang Esa. Semoga keluarga tabah.