fbpx

Abang Stacy Meninggal Dunia

Takziah buat keluarga penyanyi Stacy di atas pemergian abangnya iaitu Chaq yang meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak jam 3.20 pagi tadi.

Memetik Harian Metro, sebelum ini Chaq yang juga bekas peserta Mentor musim ketiga dirawat di hospital kerana mengalami pendarahan dalam kepala selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 12 Mac lalu.

BACA: Stacy, Akim Pilih Nama Anak Kedua Isa

Berita duka itu dikongsi oleh adik lelakinya, Aldrich yang menjaganya di hospital.

“Abang saya sudah tiada,” katanya.

Sebelum ini, Chaq atau nama sebenarnya Camellus Delleli Anam seminggu ditidurkan akibat kecederaan dialaminya itu

Difahamkan, penyanyi itu bertarung nyawa walaupun sudah menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan itu.

Doktor turut memalumkan pada keluarga, beberapa organ dalaman Chaq mengalami gangguan antaranya masalah jantung selain hati dan limpa mengalami luka.