fbpx

Abang Hidayah Minta Ali Puteh Hadam Betul-Betul Hukum Faraid

Nampaknya kemelut antara balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah dengan adik iparnya iaitu pelawak, Ali Puteh dilihat masih tiada kesudahan.

Terbaru, abang kepada Hidayah dikenali sebagai Mohd Azmier turut mengeluarkan kenyataan mengenai isu berkenaan.

BACA: Ali Puteh Akan Bayar RM60,000 Kepada Hidayah Secara Ansuran

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Azmier meminta pihak disana supaya memahami hukum faraid kerana bimbang ianya memakan diri.

Dalam entri tersebut, turut dikongsikan potongan ceramah dari seorang ustaz yang meminta untuk tahu lebih mendalam mengenai hukum faraid.

“Hadam betul2 hukum jangan main rembat je, makan diri nanti. Bak kata ustaz bab-bab harta ni depa suka berdrama berepisod-episod,” tulisnya.

Sebelum ini, Azmier dilihat ada memuat naik perkongsian mengatakan pihak sebelah sana mengelak untuk membayar saman walaupun sudah diberi notis sebanyak dua kali.

Terdahulu, Ali memaklumkan bayaran RM60,000 kepada kakak iparnya iaitu Siti Norhidayah secara ansuran seperti diperintahkan mahkamah. Menurut Ali lagi, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguam kedua belah pihak.