fbpx

Abam Bocey Mahu Lari Menjerit Isteri Sah Hamil

Sebelum ini pernah berkecil hati apabila sering ditanya soalan tentang zuriat, akhirnya Abam Bocey berkongsikan berita gembira dia bakal bergelar bapa.

Menurut Abam, sejak mendirikan rumah tangga pada hujung tahun lalu, berita gembira ini paling yang ditunggu-tunggu apabila isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan hamil tiga bulan.

BACA: Abam Nafi Kongkong Isteri Selepas Kahwin

Menerusi Instagram, Abam turut memuat naik buku pink untuk ibu hamil beserta kepsyen meluahkan rasa syukur.  Ruangan komen posting tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Abam memberitahu, dia sudah mengetahui tentang kehamilan isterinya sejak bulan lalu, namun baru saja membuat pemeriksaan doktor. Abam berkata, dia tidak kisah tentang jantina anak, apa yang paling penting anak sulungnya itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah rasa macam nak lari laju sambil jerit kuat-kuat. Tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih atas doa semua,”

“Saya dah tahu lama tapi tadi baru kami ke klinik buat pemeriksaan. Alhamdulillah. Saya tidak kisah lelaki atau perempuan yang penting bayi itu sihat dan semuanya selamat,” ujarnya.