Aaron Aziz Terkena Jangkitan Paru Paru, Keadaan Beransur Pulih
Selepas mengalami demam panas sejak Jumaat lalu, kini Aaron Aziz ditahan di hospital dan disahkan disahkan menghidap pneumonia atau jangkitan paru-paru.
BACA: Gambar Percutian Keluarga Aaron Aziz Di London Dan Paris
Memetik laporan daripada Harian Metro, Aaron telah ditahan di hospital di sini pada pagi Selasa lalu. Apa pun, doktor dalam masa yang sama mengesahkan pelakon tersebut bebas dari sebarang penyakit lain selepas menjalani ujian imbasan x-ray.
“Walaupun demam, suami masih meneruskan penggambaran. Kemudian dia menyambung satu lagi penggambaran di Singapura pada Ahad lalu. Selepas melihat keadaannya yang semakin teruk, saya membawanya berjumpa doktor di sana”
“Ketika itu suhu badannya mencecah 39 darjah Celsius. Jadi, kami terus pulang ke Kuala Lumpur. Insya Allah, jika keadaan suami beransur pulih, dia dibenarkan keluar hari ini,” kata isteri Aaron, Diyana Halik.
Sementara itu, berita palsu mengenai kematian pelakon itu juga cepat tersebar dan dinafikan pihak Aaron di laman Instagram. Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita negatif sebegitu mendapat cemuhan daripada peminat setia Aaron. (rtky/s)
http://Young4Money.com/?ref=9839
Ini lah pengorbanan seorang pelakun demi menjaga karier nya. Aaron bernasib baik mendapat seorang isteri yg amat setia kpd nya di masa susah senang, tetap bersama. Di doakan aaron cepat sembuh. Moga di jaga pemakanan, cukup rihat dan jangan terlalu stress bekerja. Walaupun schedule padat, kena pandai bagi masa supaya kesihatan tidak terjejas.
Ooooo …. http://www.gerobokbuku.com/
Nak tahu cara mudah buat duit tanpa modal? cuba disini http://www.clixsense.com/?863717 klik iklan saja pn dapat duit..cuba lah.. boleh buat side income. betol tak payah keluar modal pon..Duit dalam currency usd boleh tukar ke RM.MUDAH SANGAT!!! CUBA LAH…MESTI TAK MENYESAL!!!ok
respect aaron tak de gosip murahan mcm zul arifin, johan, iqram dan retis jejantan lain.