Aaron Aziz Nafi Babak Pegang Bra Lucah
Pelakon Aaron Aziz yang ditemui ketika malam gala filem Suamiku, Encik Perfect 10! di GSC Mid Valley kelmarin menafikan yang babaknya memegang pakaian wanita atau bra dianggap sebagai perbuatan lucah. Ini kerana babak tersebut lebih kepada menceritakan informasi mengenai wanita yang mengandung yang ingin disampaikan melalui filem itu.
“Saya tidak rasa teruk sangat babak itu. Sebab apa yang kita sampaikan adalah mengenai pakaian dalam wanita tidaklah lucah sebab babak itu lebih kepada penjelasan berkaitan dengan wanita yang mengandung dan bukanlah suka-suka untuk berbuat begitu,” katanya.
Dalam filem terbaru terbitan Astro Shaw, Suamiku, Encik Perfect 10! Aaron bergandingan bersama Lisa Surihani yang juga merupakan kali kedua bersama selepas filem terakhir mereka, Ombak Rindu, juga adaptasi novel pada tahun 2011 yang lalu.
Jelasnya kali ini wataknya sangat berlainan sekali daripada genre-genre romantik yang dilakonkan kerana dipertemukan dalam penceritaannya yang bukan berdasarkan cinta pertama.
“Filem ini merupakan satu kelainan bila Zarief (Aaron Aziz) dipertemukan secara tak diduga dengan Aleeya (Lisa Surihani) dalam kapal terbang dari London ke Malaysia. Pertolongan Zarief ringankan beban Aleeya telah membibitkan rasa cinta di antara mereka berdua,” ujarnya ringkas.
Kepada peminat Aaron Azizn dan novel asal filem ini, jangan lupa saksikan filem Suamiku Encik Perfect 10! yang akan ditayangkan pada 22 Januari ini. (rtky/hfz)
aaron gemuk time ni. Tk best la. Mcm tk boleh pgng watak zarief. Pada pendapat saya lah…
aaron gemuk? bkn sado ke? hikhik
Aaron tak sesuai la untk watak zarief ni. Bila sy bca novel tu kan. Sy byangkan zarief ni seorg yg sgt sgt handsome. Hihi.
aaron ssuai blakon wtk gangster je.. jd hero novel cm x bpe ssuai .. hero nvel msti ar kna ensem huhu
Pegang bra xde isi tak lucah sangat..
lain la kalau bra berisi
Sekian
ustazah fb
Betul tu….jangan pegang yang berisi sudah..
Cuma…kena kontroversikan apa2 yang boleh…salah satu cara promosi pilem!!
Saya setuju dengan pandangan joyah kebaya:)
tak sabarnya nak tengok filem ni
Aaron dh TUA la utk pegang watak2 HERO muda2 ni!
Pliz lah Global Station ni buta agaknya! ada ke cerita Kusinero Cinta Aaron di suruh bawa watak budak kolej amik diploma umur 26 tahun!
Mengarut!
Yg ni aku setuju dgn olga. watak tu mmg x sesuai dgn aaron…sorry, peace!
aaron aziz ni mcm rosyam nor. hero tua perasan muda.
Just nk betulkan,bkn gsc mid valley,GSC Pavilion la…
Aaron dan Lisa gandingan yg mantap x lupa lagu sountrack seluruh cinta dato ct dan cakra khan mmg x sabar nk tgk
Ok je pelakonnye. Cuma maybe kalo amek Aaron as the hero, heroin nye pun kena nampak lebih matang drpd Lisa. Kalo Lisa plak sbgai heroin, better hero yg nampak muda mcm Lisa. Tapi overall ok je. Aaron hensem ape. Macho la.
aaron dah makin berisi..gemok…
Hello haters. Haters gonna hate but I gotta say what I want to say. While preparing for the exam I like browsing stuffs, and after watching a few Malay movie trailers, I come to a conclusion that many of the drama/film being made is now based on a book written by the day-dreamers who had never had a real life apart from sitting on the bed reading and re-reading highly fanatical irrelevant novels. Cmon people, Malaysians need new, more intelligent movies to watch. If you are a future director, please listen. Don’t lose your audience by letting them choose the outside movies. Some people would like to see our own culture. Play your part to inject new level of watching experience. First, you have to read. I mean, read a lot. Then travel outside. Meet new people. Converse. Is you see any pakcik or makcik out there, sombody (not everybody) has a story worth telling. Stop all this nonsensical love stories that have no points. Aaron and Lisa both have great potential to be great actors. Well I am gonna stop here. Just trying to procrastinate before getting back to my textbooks. And to all of you, please respect other people’s opinion. No one should be butthurt with what I am saying, or even the language I am using.
Betoi2. Kalau zaman nenek aku dulu memang banyak la kes kawen2 paksa ni. Tapi bukan pempuan kampung otak tong kene kawen paksa dengan lelaki hensem, kaya, + jahat mcm citer2 karut drama melayu. Drama melayu mmg dah takdak kick. Kes kawen2 paksa ni nak tiru kpop punya citer. Kalau tak kawen paksa mesti karut2 dan lawak bodoh2 n pelakon2 pakai mekap tebal 8 inchi. Kalau buat citer gangster pulak mesti cakap carut marut punya. Gado gado gado maki maki maki sampai budak2 pon terikut2 maki cikgu mak bapak bagai. #jgnsakitpunggungbacakomenku (butthurt = sakit punggung kah? Heheheheeee lawak naaa)
Agree. Pls think out of box. Bosan laa asik cite yg same je…kat tv cite psal kawen paksa. Kat wayang lak pasal cinta fantasi adaptasi novel yg always berbunga2…
to be honest,
starter of this movie, look alike the k-drama “Full House” starting Rain-bi :)
Ok la cerita ni…Aaron ada x factor sbg actor ok not bad muka dia…bukan gemok tu berisi angkat besi la…maybe nak kena kurangkan sikit…Lisa ni cantik acting pun ok…rasanya cerita ni tak membosankan sebab pelakon dua2 jenis tak kaku…ada lagi kaku giler…muka tak sajak jadi hero/heroine pun bleh berlakon…Aaron/Lisa ok la dua2 acting bagus…filem, drama ni semua sebagai hiburan suka layan tak suka jgn tgok…hayalan dan reality mmg beza…kita hanya pandai memberi pandangan kata2…psl kita smua hanya duduk ketek2 bila time break…ambik la sebagai hiburan…tak usah ambik serius sgt…tak semua filem/drama bermutu itu tak dpt dinafikan…aku tgok okla pelan2 kearah itu…kenapa tak kita semua yg bijak pandai kritik ni habiskan study tryla cuba keluarkan filem bermutu…cakap tak kena tembak tak guna :)
Okay jer aaron ng lisa berlakon..
Law xpuas hati apa kta korang sendri y berlakon..
Mesti “awesome” sgt kn law korang berlakon..
aaron aziz dah tua..tak boleh dah watak2 lelaki baru nak bercinta..tak sesuai dah..bagilah orang lain..banyak lagi yang hensem2 yang tengah naik2 ni mcm syukri yahya,aiman hakim dan zu lariffin..cari hero2 yang belum kahwin..hero yang dah kahwin,ada anak..tak boleh dah nak jadi hero2 umur 20 an gitu…try lah diaorang jadi hero filem..asyik hero drama je..