fbpx

Aaron Aziz Kecewa Pusat Tahfiz Miliknya Di Langkawi Diroboh

Ramai tidak tahu bahawa pelakon Datuk Aaron Aziz mempunyai sebuah pusat tahfiz di Pulau Langkawi. Baru-baru ini, Aaron berkongsikan gambar menunjukkan satu bangunan yang telah dipecahkan dinding.

Menerusi perkongsian itu, Aaron meluahkan rasa kecewa apabila pusat tahfiz miliknya itu dirobohkan. Enggan mengulas lanjut sebab mengapa ianya dirobohkan, Aaron berkata ia berada di luar kawalannya.

BACA: Aaron Aziz Larang Anak-Anak Tunjuk Harta

https://www.instagram.com/p/CEmhAPQhs9T/?utm_source=ig_embed

Sedih melihat keadaan tersebut, Aaron berdoa dan berharap agar segala urusan di sana dipermudahkan dan asrama untuk anak-anak tahfiz itu perlu dibina semula.

Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat bertanyakan hal tersebut. Malah, ramai yang mendoakan agar semuanya baik-baik sahaja terutama untuk anak-anak tahfiz yang menjadi mangsa dengan apa yang berlaku.

Tidak kurang juga peminat turut memberikan kata-kata semangat kepada Aaron Aziz agar terus tabah di atas ujian tersebut kerana jalan untuk menuju kebaikan banyak halangan dan yakinlah bahawa ada hikmah disebalik semua kejadian.