fbpx

Aaron Aziz Jumpa Thor, Netizen Perli Syamsul Yusof

Perkongsian pelakon Datuk Aaron Aziz menjadi perhatian ramai apabila berpeluang bertemu dengan bintang Hollywood, Chris Hemsworth yang popular dengan watak superhero iaitu Thor.

Difahamkan, Aaron bersama beberapa pelakon dari Malaysia diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipin.

BACA: Aaron Aziz Suruh Syamsul Yusof Minta Maaf Pada Orang Tuanya

Menerusi video dikongsikan, Aaron dilihat naik ke pentas bersama pelakon Iedil Putra sebelum tangan dan bergambar dengan Chris.

Aaron turut meluahkan rasa syukur apabila diberi peluang berkenaan serta memuji filem tersebut serta mengajak orang ramai untuk menonton.

“Alhamdulillah bersyukur di atas peluang yang diberikan. Allah sebaik-baik perancang. @NetflixMY @NetflixFilm #TylerRakeLives #Extraction2PH. Fight scenes gempak gila! 100 times better than Fast X. Kalian semua kena tengok,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah buat Aaron serta menyifatkan ianya rezeki buat pelakon itu selepas namanya digugurkan daripada filem arahan Syamsul Yusof.