fbpx

“Aaisyah Sekolah International, Tengah Cuti Musim Panas…” – Che Ta

Perkongsian pelakon jelita Rozita Che Wan menjadi perhatian apabila tampil menjawab soalan netizen yang mempertikaikan mengenai persekolahan anaknya, Aaisyah Dhia Rana.

Menerusi entri itu, Che Ta berkata Aaisyah ke sekolah antarabangsa dan kini sedang bercuti musim panas serta akan kembali persekolahan pada bulan hadapan.

BACA:Hampa Tak Nak Siapkan Anak Itu Masalah Hampa” – Che Ta

“Ada yang tanya anak kami tak sekolah ka?? Adoi hampa pun, anak kami tengah summer break, bulan lapan nanti dia dah mula sekolah balik hampa.

“Dia sekolah international, depa (mereka) kalau bagi cuti lama. Walaupun Malaysia hari-hari musim panas,” kataya

Menurut Che Ta, meskipun anaknya sedang bercuti namun ada guru yang datang ke rumah untuk mengajar Aaisyah mengaji Al-Quran.

“Jangan gatai kata anak kami tak p sekolahhh naaaaa, dia cuti. Siap ada cikgu ngaji yang datang rumah, mengaji pun bersiap tau dia,” tulisnya.

Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Aaisyah Dhia Rana. Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezra daripada perkahwinan terdahulu.