fbpx

Rata-rata pasti mengenali peruncit kecantikan dan kesihatan antarabangsa yang terbesar di dunia, iaitu A.S. Watson Group yang selama ini menjadi kegilaan pelanggan terhadap barangan jualannya yang berkualiti tinggi.

Terbaru, A.S. Watson Group baru sahaja melancarkan cawangan terbaru ke-15,000 hari ini, yang terletak Central i-City Mall, Seksyen 7.

Pembukaan kedai baru Watsons Malaysia ini sekaligus melambangkan kejayaan syarikat terkemuka ini ia merupakan kedai Watsons ke-500 yang berada di Malaysia.

Pembukaan kedai baru Watsons yang berkeluasan 4,200 kaki persegi itu menggabungkan reka bentuk yang inovatif dan Central i-City Mall mengeksploitasikan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan yang mahu berhubung secara dalam talian dan luar talian.

Cawangan terbaru ini turut dilengkapi dengan StyleMe, teknologi realiti maya bagi mempamerkan produk terkini yang menyeronokkan dan menarik untuk pelanggan.

Watsons’ Hi Mirror turut tersedia bagi pelanggan yang ingin mengetahui keadaan kulit wajah mereka. Senang cerita di cawangan terbaru Watsons ini semua lengkap dengan kecanggihan.

Bagi meraikan pembukaan kedai baru di negara ini, Watsons Malaysia mengadakan promosi kaw-kaw di seluruh negara, dimana pelanggan yang menjadi anggota ke-15,000 yang bertuah, berpeluang memenangi percutian ke Hong Kong untuk dua orang.

Manakala untuk members kad Watsons Malaysia pula akan mendapat potongan 5% dan 500 mata ganjaran dengan pembelian RM50 dan ke atas.

Terdahulu, Watsons yang merupakan jenama runcit utama A.S. Watson mempunyai lebih 7,200 kedai dalam 13 pasaran di Asia dan Eropah Timur.

Bukan itu sahaja, A.S. Watson adalah syarikat yang paling lama beroperasi di dunia dalam sejarah selama 178 tahun dan mempunyai lebih daripada 135 juta members yang setia.