fbpx

A.Aida Tidak Mahu Ada Kaitan Dengan Bekas Suami, Sah Bercerai Talak Dua

Setelah sekian lama menanti proses perceraian di antara A.Aida dan bekas suaminya, Superintenden (DSP) Suffian Sulaiman akhirnya selesai apabila pasangan itu sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada pagi Khamis.

Pada mulanya Suffian mahu bercerai talak tiga kerana tidk mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan Aida namun begitu mahkamah tidak mengizinkan.

“Saya tidak mahu lagi kembali kepadanya (Aida). Cukup sampai di sini sahaja dan sebab itu saya mahu cerai talak tiga tetapi mahkamah tidak membenarkan saya berbuat demikian.

“Bagaimanapun saya bersyukur kerana semuanya telah selesai dengan baik pada hari ini (Khamis) dan fokus utama sekarang adalah untuk sama-sama membesarkan anak kami,” ujarnya.

Sempat bertemu A.Aida untuk mendapatkan respon, dia memberitahu lega kerana drama kekecohan rumah tangganya akhirnya selesai setelah perceraian ini terlaksana.

Pada masa yang sama dia turut terkejut kerana menganggap keputusan Suffian untuk menceraikan dirinya dengan talak tiga adalah satu penghinaan terhadap dirinya sebagai wanita.

Apa yang lebih penting kini sudah tidak ada apa-apa lagi bebanan yang perlu saya pikul dan urusan selepas ini akan lebih mudah. Alhamdulillah segala-galanya telah selesai,” katanya.

Bagi mereka yang kurang pasti, ini merupakan perkahwinan ketiga A.Aida yang kecundang selepas Ameng Spring dan seorang anggota polis berpangkat biasa.