fbpx

A Aida Sangkal Beli Gelaran Datuk

Tidak mahu dakwaan melulu dihalakan kepadanya, penerbit dan pelakon A Aida menyangkal dakwaan bahawa dia membeli gelaran Datuk yang diterimanya daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, pada malam Jumaat lalu.

BACA: A. Aida Pasang Bodyguard Gara Gara Mesej Lucah

“Saya tidak membeli gelaran Datuk ini dan saya tidak tahu ianya boleh beli atau tidak. Apa yang saya terima ini berikutan sumbangan amal selama ini yang dilakukan tanpa pengetahun orang ramai”

“Saya buka sekolah tahfiz atau bina surau tak perlu dihebohkan kepada media, atas perkara itu mungkin saya diberi pernganugerahan ini. Saya terima surat 16 November lalu tapi saya tidak hebohkan perkara ini kerana takut tidak jadi”

“Pada hari kejadian barulah saya beritahu kepada rakan-rakan terdekat. Sekarang pun saya tidak umumkan dimana-mana laman sosial, bukan kerana saya tidak menghargai tetapi saya tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk,” jelasnya kepada mStar Online.

Tambah A Aida, dia berharap dengan penganugerahannya itu sedikit sebanyak memberi inspirasi kepada artis-artis lain untuk membina kerjaya yang lebih stabil. (rtky/s)