fbpx

A Aida Malu Suami Orang Asyik Pandang Bila Berjalan

Penerbit terkenal, Datuk A Aida meluahkan rasa kurang senang dengan sikap lelaki bergelar suami diluar sana yang sering memandang wanita lain meskipun isteri ada bersama mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aida mendedahkan dia berasa malu apabila dipandang oleh suami orang ketika sedang berjalan serta menegur para suami di luar sana tidak memandang wanita lain.

BACA: A Aida Seru Kerajaan ‘Blacklist’ Selebriti Bermasalah, Malukan Industri Seni

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Malulah bila kita berjalan orang asyik dok pandang-pandang, ada tu sampai kena cubit dengan isteri.

“Pada para suami tu kalau isteri ada kat sebelah tak payahlah mata tu asyik dok pandang perempuan lain je,” tulisnya.

Dalam pada itu, Aida turut menasihatkan para lelaki diluar sana supaya menjaga hati isteri dan tidak melakukan perkara sedemikian didepan isteri serta tertanya-tanya bagaimana pula perangai mereka di belakang isteri.

“Jagalah hati bini tu…kalau dah depan bini pun buat perangai macam tu kat belakang macamanalah perangai tu ya,” tulisnya.