fbpx

A Aida Jadi Artis Pertama Terima Suntikan Vaksin Covid-19

Menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech hari ini, penerbit terkenal, Datuk A Aida merupakan artis pertama negara menerima suntikan tersebut.

Aida menerima suntikan itu menerusi keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu. Pelbagai cerita tak sedap di dengar mengenai vaksin, bagaimanapun Aida tidak takut untuk menerima suntikan tersebut.

BACA: A Aida Hadiah Nombor Plat Kenderaan Bernilai RM44,444 Untuk Anak

“Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mati, apa boleh dicakap adalah mati itu memang pasti dan bila-bila saja. Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya kepada Harian Metro.

Difahamkan, sebelum ini pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, pada Januari lalu.