A Aida Blacklist Ruhainies, Tak Mahu Lagi Ambil Berlakon

Penerbit Datuk A Aida berkata dia tidak mahu lagi bekerjasama dengan pelakon Ruhainies susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan aktor Aliff Aziz baru-baru ini.

Memetik mStar Online, Aida berkata isu yang berlaku itu bimbang akan memberi kesan pada karya terbitan syarikat produksinya.

BACA: “30 Minit, Bukan 3 Jam” – Ruhainies

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato A.Aida (@a_aidaproduction)

“Saya tak mahu ambil dia berlakon lagi. Apabila isu ini berlaku saya tahu ia akan menjejaskan drama atau telemovie terbitan saya,” katanya.

Sebelum ini, menerusi perkongsian di Instagram, Aida meluahkan rasa kesal terhadap pelakon yang pernah menjadi kesayangannya.

Sementara itu, Aida berkata Ruhainies sepatutnya bakal mejalani penggambaran sebuah telefilem berjudul Elham untuk Nian pada April, namun mereka pihak produksi setuju utnuk mencari pelakon lain bagi menggantikan watak utama.

“Kita dah bincang dan dah tetapkan tarikh. Cuma belum tandatangan kontrak saja. Kalau dah tandatangan pun saya sebagai penerbit berhak buang namanya.

“Bagi saya isu yang berlaku ini serius dan dia terpaksa akur namanya tidak lagi terlibat dalam telemovie itu nanti. Bukan saja Ruhainies, mana-mana artis yang buat masalah saya akan blacklist,” katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata tindakannya itu merupakan satu pengajaran buat pelakon diluar sana. Kata Aida lagi, dia juga mahu menjaga hubungan dengan Bella Astillah.

“Saya pun baik dengan Bella jadi rasanya tidak elok saya ambil Ruhainies berlakon kerana isu melibatkan mereka semua. Bagi saya tindakan (blacklist) harus jadi pengajaran buat semua. Seorang artis itu sepatutnya menjadi contoh kepada orang ramai,” katanya.

 

SUMBER: mStar Online