fbpx

A Aida Bangga Anak Bakal Jadi Doktor

Penerbit terkenal Datuk A Aida meluahkan rasa syukur dan terharu apabila anak sulungnya, berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Aida berkata anaknya turut hadir ke majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi, kelmarin. Bagaimanapun, dia tidak dapat ikut serta disebabkan SOP. Menurut Aida, sejak dari kecil lagi dia sudah menetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.

BACA: Demi Drama Tampilkan 20 Pelakon Badan Sado, A Aida Berhabis RM100k Beli Kamera Baru

“Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.

“Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia. Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil.

“Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia. Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya. Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, Aida berkata Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.

Kata Aida lagi, anak keduanya Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.

Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai polis.