“Saya Doa Jangan Mati Masa Sibuk Kejar Dunia”

Siapa pun pasti tergamam melihat ‘istana’ baru yang disifatkan cukup mewah buat sesetengah warga laman sosial. Namun bagi Aliff Syukri, apa yang dikongsikannya di laman sosial bukanlah berniat untuk menunjuk selain mahu mati dalam iman.

BACA: Rumah Agam Aliff Syukri 30 Bilik, Siap Bilik Kebal

“Saya selalu berdoa supaya saya mati dalam keadaan beriman, bukan ketika sibuk mengejar harta dunia. Alhamdulillah, pada usia 31 tahun, semua sudah saya kecapi. Saya berharap kehidupan saya sentiasa mendapat rahmat Allah”

“Saya selalu memasang mahu memiliki banglo dan impian itu dipenuhi ketika usia 24 tahun. Selepas itu, saya dikurniakan gelaran Datuk dan dalam perjalanan untuk menerima pingat, saya menyimpan impian mahu memiliki kediaman seperti istana.” jelasnya kepada BH Online.

Sementara itu dalam masa yang sama, Aliff juga menyatakan bahawa dia akan menjemput anak yatim berkunjung dan bermalam di rumahnya.

Rumah Aliff ini dilengkapi dengan 30 bilik termasuk surau, pawagam mini serta bilik karaoke dan antara kelengkapan rumah termasuk bahan binaan dibeli dari empat negara iaitu China, Indonesia, Portugal dan Itali.

×